Saturday, June 18, 2011

Oh! Kakak

kakak telah mengajak aku untuk pergi ke senbuah event, ada Zahiril Adzim katanya...
aku terus setuju tanpa membantah sedikit pun.h..

penat juga kaki berjalan menuju ke Central Market..
terkadang hati ini rasa seperti ingin mengeluh..
tapi aku diam kan saja kerana dia kakak aku..

setibanya di event tersebut, kakak aku terus teruja..
senyuman yang menampakkan gigi tak lekang di wajah nya

oh... ah...
itulah perkatann yang sering keluar..

sejam event itu belangsung,
setibanya di penghujung, orang ramai berpusu pusu..
wanita semuanya... Zahiril Adzim la.. takkan tak berebut..
begitu juga kakak aku..
aku diam saja sambil memegang telefon bimbit miliknya untuk dijadikan kamera..
janjinya, '' nanti aku ambilkan gambar kau sekali''

Ok,
Aku sedang ligat meniru lagak photographer untuk merakam gambar kakak dengan Zahiril
Tidak habis dengan itu, kakak meminta supaya buku nya ditanda tangan..
aku mengikut sahaja langkahnya..
dalam hati aku bermonolog,
bila akan tiba masa aku untuk bergambar bersama lealki yang dipanggil Zahiril itu...

usai bukunya ditanda tangan,
kakak terus menarik ku keluar dari ruangan tersebut..
seperti biasa aku tidak membantah..

sedang kami menuju jalan untuk pulang,
entah mengapa hati ini terpanggil untuk mengungkit janji lama,
aku terus bersuara,

"kau kata kau nak ambik gambar aku"...

ini jawapan yang keluar..

"la.. aku lupa"

dek kerana perasaan teruja, mungkin..

ada juga rasa geram..
tidak mengapa, aku pendamkan sahaja
kerana dia Kakak aku..


You're reading this? Sure?

No comments:

Post a Comment